Hiburan Hari ini

"Do me a favour, break my nose! Do me a favour, tell me to go away! Do me a favour, stop asking questions!"

*Selamat menjawab exam wahai rakan- rakan sepejuangan Matrikulasi.

[Teruskan Membaca]

Awesome 2011

2011 merupakan tahun yang sangat istimewa bagi aku
Kenapa? Sebab ;


1) 5+ bulan tak buat apa- apa.
- Sejak dari Disember 2010 lagi. Dari pagi hingga malam. 24 jam. Setiap Hari. Aku hanya duduk dan tunggu hari- hari yang akan datang. Kadang- kadang suka, kadang- kadang boring, kadang- kadang semangat, kadang- kadang penat. But overall, it was awesome. Jumpa kawan lama. Buat kawan baru. Dan mungkin tak jumpa lagu cuti panjang sebegini di hari- hari yang akan datang. Mungkin.

2) Pacifica
- Nama penuh, Yamaha Pacifica. My first electric guitar. Beli di Bandung, Indonesia dengan harga yang agak berpatutan. Beli je guitar ini, besok nya tali sudah putus. Aku sayang guitar itu walau pun tak secanggih Fender atau pun Gibson.

3) Result SPM
- Disini bermulanya segala- gala nya. Penentuan semuanya. Aku tak mahu cerita panjang. Tapi pada tahun 2011, aku mengambil keputusan yang agak kurang awesome

4) PLKN dan botak
- Pada bulan May, aku telah terjerumus masuk kedalam Program Latihan Khidmat Negara di Alor Gajah, Melaka selama sebulan. Aku botak dan kepala aku terasa sangat sejuk dan ringan. Tapi muka aku kelakar. Aku keluar PLKN pada awal bulan Jun sebab aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Selangor. PLKN! One of my favorite worst nightmares .

5) Matrikulasi
- Pada bulan Jun, aku berjaya melanjutkan pelajaran walau pun result aku tak sehebat mana. Aku dapat program dua tahun (PDT). Aku modul satu (Kimia, Fizik, Biology). Aku bersyukur. Hanya tuhan sahaja yang tahu how grateful I am.

6) Patah Tangan
- Pada bulan September (9/9/2011), aku cedera. Semasa riadah petang, aku bermain futsal. Aku terjatuh. Tangan aku patah!. 5 minggu pakai simen. Again, one of my favorite worst nightmare

7) The King of Limbs
- Radiohead! release album terbaru mereka. Walaupun hanya 8 lagu, tapi 'feel' yang Radiohead sampaikan itu membuat aku buka mata. Otak aku lebih open. Diorang memang jenius. "If you think this is over then you're wrong"

8) Nurshafiqah Azhar ke Mesir
- Aku ada post tentang ini, klik sini. Pika, meninggalkan tanah melayu berunsur ke Mesir untuk meneruskan pelajarannya untuk menjadi seorang doktor. Tahun 2011 bermulanya langkah pertama Pika menjadi seorang doktor.

9) Jejak Tanah
- MonoloQue. Radiohead melayu. Same like King of Limbs, Jejak tanah mempunyai 8 lagu sahaja. Tetapi bukan 8 lagu sebarangan. 8 lagu yang jenius datang dari Tanah kita. Tahun 2011, album pertama monoloQue offically release. "Hapuskan Air di Mata mu!"

10) Lapan Belas Tahun
- Pada tahun 2011, aku 18 tahun. Ini tandanya aku sudah tamat zaman persekolahan dan bermulanya zaman kearah dewasa. Pada tahun 2011 aku berumur 18 tahun, aku sudah dewasa walaupun dari fizikalnya aku macam budak hingusan tingkatan 2.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi ini merupakan yang penting.

Pelbagai jenis peristiwa yang awesome belakunya pada tahun 2011.

Jadi apa yang akan berlaku pada 2012 mesti lagi awesome.

Terima Kasih kerana membaca.

Selamat tahun baru semua!

[Teruskan Membaca]

Hiburan Hari ini

"Kita semua perlukan cinta"

[Teruskan Membaca]

Broga















Broga Hill.
It's AWESOME!


[Teruskan Membaca]

Salah satu scene...


...yang membuat aku menangis macam budak kecil.
Dari filem, "Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2"

[Teruskan Membaca]